Anda sedang mencari penginapan homestay yang besar, selesa dan berpatutan berdekatan dengan UKM, Bandar Baru Bangi?

Tahniah kerana anda telah menjumpai Aman Permai Homestay!

Aman Permai Homestay terletak di Taman Aman Permai, berdekatan dengan KTM UKM Bandar Baru Bangi, dan hanya 5 minit dari pintu masuk UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan tidak sampai 10 minit (non-peak hour) ke pusat Bandar Baru Bangi dan Bangi Sentral!

Rumah yang besar dan luas ini amat selesa untuk anda sekeluarga, terutamanya jika ada majlis konvokesyen universiti (kami juga terletak dalam lingkungan 5-15 minit dari GMI, UPM, UNITEL, KPTM Bangi dan IUKL) dan juga untuk penginapan untuk saudara-mara yang bertandang ke majlis perkahwinan dan lain.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp/Call/SMS: +6011 5628 3768.

Taman Aman Permai terletak sangat berdekatan dengan KTM UKM (sekitar 2 minit driving sahaja) dan juga mempunya pelbagai jenis restoran, kedai Mamak, kedai runcit, dobi dan sebagainya! Anda akan menyukai Aman Permai Homestay kerana katil dan tilam yang selesa, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak termasuklah Microwave Oven, peti ais yang besar, gas stove (boleh memasak!) dan juga water filter dispenser Coway untuk kegunaan anda. Dengan kelengkapan yang menyeluruh ini, Aman Permai Homestay amat sesuai untuk keluarga yang besar, kumpulan rakan-rakan yang ramai, lawatan kerja dan sebagainya.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp/Call/SMS: +6011 5628 3768.

Sekiranya anda sedang menggunakan telefon sekarang, tekan sini untuk menghantarkan Whatsapp dengan mudah.

Selamat datang ke AMAN PERMAI HOMESTAY @ BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA

1. The Space

Bilik tidur: 5
Bilik Air: 5
Jenis Rumah: Rumah teres 3-tingkat (tengah/intermediate)
Jenis Hiasan: “Fully furnished” dengan kesemua 5 bilik tidur dipasang penghawa dingin
Tempat letak kereta : Dua buah kereta boleh disimpan di dalam rumah
(Boleh memuatkan lagi dua buah kereta di hadapan rumah, terdapat kawasan berdekatan yang boleh letakkan kereta yang tidak mengganggu jiran sekiranya mempunyai lebih dari 4 kereta)

2. Muatan

Villa Meena boleh memuatkan 10 orang dengan selesa yang mana kesemua mereka boleh tidur di atas katil/tilam bersaiz Queen yang kami sediakan. Sekiranya anda perlu memuatkan lebih ramai orang, anda boleh membawa toto/bantal sendiri. Sekiranya diperlukan, kami boleh sediakan bantal tambahan dengan caj tambahan.

Di Aman Permai Homestay terdapat dua ruang tamu iaitu di tingkat 1 dan tingkat 2. Ruang tamu tingkat 1 dilengkapi dengan sofa set, manakala ruang tamu di tingkat 2 dilengkapi dengan TV set, sesuai untuk tujuan menonton TV.

3. Ruang makan dan dapur

Ruang makan Aman Permai Homestay Bangi Berdekatan UKM yang terletak di tingkat 1 dilengkapi dengan set meja makan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu masa.

Dapur kami dilengkapi dengan peti ais, cerek air, penapis air, peralatan memasak dan sedia untuk digunakan. Kami juga ada menyediakan microwave oven dan juga gas stove untuk kegunaan anda. Pinggan dan cawan juga disediakan dengan lengkap untuk kegunaan anda.

4. Keselesaan

Kami menyediakan 5 bilik yang setiap satunya dilengkapi dengan sebuah katil Queen beserta aircond.

Kesemua bilik tidur bersambung dengan bilik air (3 bilik tidur mempunyai bilik air sendiri manakala 2 buah lagi berkongsi bilik air yang sama. Kesemua 4 buah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur ini dilengkapi dengan water heater, syampoo dan sabun.

5. Bilik Air

Terdapat 5 bilik air di Aman Permai Homestay. Dalam bilik air, kami sediakan water heater (untuk bilik air yang bersambung dengan bilik) beserta tempat menggantung tuala, syampoo dan juga sabun untuk kegunaan anda.

6. Kemudahan-kemudahan lain

Kami ada sediakan 1 unit iron dan iron board untuk kegunaan anda. Kami juga ada menyediakan mesin basuh di ruang laundry bersebelahan dengan dapur.

7. Live and Play

Terdapat sebuah taman permainan kecil untuk anak-anak anda berjarak dalam 1-2 minit berjalan kaki dari rumah tersebut. Sekiranya berminat dengan taman permainan yang lebih besar, terdapat Taman Tasik Cempaka di tengah-tengah Bandar Baru Bangi (lebih kurang 10 minit driving) di mana anda boleh pergi berjogging dan menjalankan aktiviti riadah. Di Taman Tasik Cempaka juga mempunyai taman permainan yang besar untuk kanak-kanak (lihat gambar di bawah). Selain itu, terdapat juga Bangi Wonderland Waterpark yang terletak lebih kurang 15 minit dari Bandar Baru Bangi (anda perlu masuk ke Tol Bangi menghala ke Selatan dan keluar di exit Putra Mahkota, satu toll sahaja).

408353_414841305232537_500641946_n
Gambar: Taman permainan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Akses untuk Penginap

Anda boleh mengakses keseluruhan rumah kecuali sebuah bilik stor yang berkunci. Selepas anda meletakkan deposit untuk booking, kami akan menyediakan guide untuk tujuan check-in.

Testimonial dari Pelanggan Kami

Harga biasa: RM750/malam

Harga: RM700/malam sahaja untuk malam pertama

dan hanya RM650/malam untuk malam kedua dan seterusnya!

Nota Tambahan: Tambahan Security Deposit sebanyak RM100 (1-2 malam), RM200 (3-4 malam), RM300 (5-6 malam) perlu dibayar bagi setiap booking dan security deposit ini akan dikembalikan dalam masa 48 jam selepas checkout sekiranya homestay ditinggalkan dalam keadaan baik.

Jangan lepaskan peluang ini. Ini merupakan harga terbaik untuk rumah sebesar ini di Bandar Baru Bangi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk anda.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp/Call/SMS: +601156283768.