Homestay Cleaning

Alhamdulillah, harini kami mencuci kedua2 homestay Villa Adam dan Villa Meena selepas tetamu checkout siang tadi. Alhamdulillah kedua-kedua kumpulan tetamu gembira dan selesa di homestay kami.

Memang penat betul bila bab mencuci. Cuci rumah sendiri pun penat, apatah lagi cucian homestay kami yg kami letakkan pada tahap lebih tinggi kerana nak berikan yang terbaik untuk client kami. Alhamdulillah, nasib baik cleaner kami amat bertanggungjawab dan faham kepentingan kebersihan homestay untuk keselesaan tetamu. Memang tiap-tiap kali cuci akan cuba berikan yang terbaik, insya Allah.

Setiap kali mencuci, kami pastikan kesemua cadar, sarung bantal dan selimut kami ditukar kerana kami faham cadar dan linen yang bersih adalah penting untuk keselesaan tetamu. Iya, kos kami memang agak tinggi dari segi proses pembersihan dan cucian, namun inilah antara faktor terpenting dalam penyediaan homestay.

Terima kasih buat semua tetamu kami kerana memilih kami. Ketahuilah kami sentiasa berikan yang terbaik untuk anda.

Leave a Reply