Villa D’7 Bangi: 6 Bilik Tidur Beraircond, Selesa untuk 15 Orang — Sesuai untuk Percutian Keluarga Besar

Datang ramai-ramai, menginap bersama, cipta kenangan sekeluarga. Villa D’7 Bangi ialah rumah Semi-D 2 tingkat dengan 6 bilik tidur beraircond di kawasan Gated & Guarded, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dengan kelengkapan tidur untuk 15 orang dengan selesa, ruang berkumpul keluarga dan dapur untuk menyediakan hidangan bersama, inilah tempat untuk percutian keluarga besar atau penginapan rombongan kenduri kahwin.

Villa D’7 Bangi menampilkan unit rumah Semi-D besar beserta 6 bilik tidur yang luas dan selesa, dan semuanya dilengkapi dengan aircond! Tak perlu risau tentang keselesaan, seluruh ahli keluarga pasti dapat berehat dengan tenang dan sejuk sepanjang malam.

Bandar Baru Bangi terletak berdekatan dengan Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan dan hanya lebih kurang 30 minit ke KLCC dan ke KLIA tanpa gangguan trafik.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp/Call/SMS: +6011 5628 3768

Villa D’7 Bangi terletak sangat berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti restoran, kedai Mamak, kedai runcit, pasar raya Mydin, kedai dobi, 7-Eleven, dan sebagainya!

Anda akan menyukai Villa D’7 Bangi kerana katilnya yang empuk dan selesa, laman tepi yang cukup luas untuk aktiviti santai, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak termasuklah Microwave Oven, serta kelengkapan dapur yang serba lengkap yang kami sediakan khas untuk anda.

Villa D’7 Bangi amat sesuai untuk keluarga yang besar, kumpulan rakan-rakan yang ramai, lawatan kerja korporat, rombongan perkahwinan, dan sebagainya.

Selamat datang ke Villa D’7 Bangi @ SEKSYEN 7, BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA

1. The Space

  • Bilik Tidur: 6 (Semua bilik ada aircond dan kipas siling!)
  • Bilik Air: 5 bilik air ( 4 bilik air ada water heater + 1 bilik air style klasik )
  • Jenis Rumah: Rumah Semi-D 2-Tingkat (ada halaman tepi)
  • Jenis Hiasan: “Fully furnished” dengan 6 bilik tidur (kesemuanya dilengkapi dengan aircond!).
  • Tempat Letak Kereta: Tiga buah kereta boleh diletakkan di dalam porch rumah. Satu buah kereta boleh park di depan rumah.

2. Muatan dan Susunan Bilik Tidur

Enam bilik tidur, lebih mudah merancang penginapan sekeluarga. Villa D’7 menyediakan 6 katil Queen, 1 katil single dan 2 tilam single di lantai — cukup untuk 15 orang dengan selesa. Semua bilik tidur dilengkapi penghawa dingin dan kipas siling.

Tingkat Bawah: 2 Bilik Tidur dan 2 Bilik Air

Bawa ibu ayah atau ahli keluarga yang lebih selesa tidur di tingkat bawah? Dua bilik tidur di sini membolehkan mereka berehat tanpa perlu naik tangga untuk ke bilik.

  • Bedroom A: 1 katil Queen — 2 orang.
  • Bedroom B: 1 katil Queen — 2 orang.
  • Kemudahan tingkat bawah: 2 bilik air.

Tingkat Atas: 4 Bilik Tidur

  • Master Bedroom: 1 katil Queen dengan bilik air peribadi — 2 orang.
  • Bedroom C: 1 katil Queen dengan bilik air peribadi — 2 orang.
  • Bedroom D: 2 katil Queen — 4 orang.
  • Bedroom E: 1 katil single + 2 tilam single di lantai — 3 orang.

Datang dengan Kumpulan Lebih Besar?

Villa D’7 boleh menerima sehingga 25 orang sekiranya tetamu membawa bantal dan toto sendiri untuk tetamu tambahan melebihi 15 orang. Kelengkapan tidur yang disediakan adalah untuk 15 orang; untuk kumpulan 16–25 orang, sila rancang kelengkapan tidur tambahan anda.

Caj tambahan dikenakan bagi jumlah tetamu melebihi 25 orang. Jika kumpulan anda melebihi 25 orang, sila maklumkan jumlah sebenar semasa membuat pertanyaan supaya kami boleh menyemak kesesuaian penginapan dan memberikan sebut harga termasuk caj tambahan.

Sudah ada tarikh dan jumlah tetamu? WhatsApp kami untuk semak kekosongan Villa D’7. Sertakan tarikh check-in, tarikh check-out dan bilangan tetamu supaya kami boleh bantu merancang penginapan anda.

Rumah Semi-D ini juga dilengkapi dengan ruang tamu utama di Ground Floor yang lengkap dengan sofa set, TV set, Astro Njoi, Netflix, dan Wi-Fi untuk kegunaan serta hiburan seisi keluarga anda. Di tingkat atas juga terdapat ruang rehat keluarga kedua untuk privasi atau tempat berkumpul yang lebih santai.

3. Ruang Makan dan Dapur

Ruang makan Villa D’7 Bangi dilengkapi dengan set meja makan yang luas dan selesa, boleh memuatkan 8 orang di bahagian meja makan utama dan tambahan 6 orang lagi di meja makan sekunder pada satu-satu masa.

Di sini, kami menyediakan kemudahan dapur kering (dry kitchen) dan juga dapur basah (wet kitchen) yang lengkap dengan:

  • Peti ais satu pintu.
  • Cerek air elektrik (electric kettle).
  • Peralatan memasak yang serba lengkap dan sedia untuk digunakan.
  • Microwave oven untuk memudahkan anda memanaskan makanan.
  • Gas stove (dapur gas) untuk aktiviti memasak hidangan keluarga.
  • Set pinggan, mangkuk, cawan, dan kutleri yang disediakan secukupnya untuk kegunaan seluruh tetamu.

4. Keselesaan

Kami menyediakan katil divan beserta tilam yang empuk, bantal bertaraf hotel dan duvet.

Kami juga menyediakan tuala untuk kegunaan anda seisi keluarga di Villa D’7 Bangi!

Kesemua 6 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas siling.

Kemudahan Bilik Mandi Keseluruhan

Lebih mudah bersiap apabila datang sekeluarga: Villa D’7 menyediakan 5 bilik air keseluruhan, termasuk 2 di tingkat bawah. Di tingkat atas, Master Bedroom dan Bedroom C masing-masing mempunyai bilik air peribadi, manakala Bedroom D dan Bedroom E berkongsi bilik air di luar. Empat daripada bilik air ini dilengkapi pemanas air (water heater), serta kemudahan syampu dan sabun badan.

5. Hiburan Dalaman

Selain set TV yang dilengkapi dengan Astro Njoi dan juga Netflix, kami juga ada menyediakan WiFi UNIFI yang anda boleh gunakan untuk melayari internet untuk memenuhi masa lapang anda.

6. Sekuriti

Villa D’7 Bangi terletak dalam kawasan berpagar dan kawasan ini mempunyai penjaga sekuriti 24/7, maka anda akan sentiasa berasa selesa dan selamat di Villa D’7, Seksyen7, Bandar Baru Bangi.

Akses untuk Penginap

Anda boleh mengakses keseluruhan rumah kecuali sebuah bilik stor yang berkunci. Selepas anda meletakkan deposit untuk booking, kami akan menyediakan guide untuk tujuan check-in.

Kadar penginapan berbeza mengikut tarikh yang anda pilih. WhatsApp kami dengan tarikh check-in, tarikh check-out dan bilangan tetamu untuk menyemak ketersediaan serta mendapatkan sebut harga bagi penginapan anda.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp: +6011 5628 3768
(Kami prefer Whatsapp)