Anda sedang mencari penginapan homestay yang selesa dan berpatutan di persiaran Persiaran Wawasan di Seksyen 14?

Tahniah kerana anda telah menjumpai NIYA Homestay @ Residensi Ostia! Homestay kami menyediakan penginapan yang luas, selesa, dan strategik di Persiaran Wawasan, Seksyen 14, Bandar Baru Bangi. Sangat ideal untuk percutian keluarga, rombongan kenduri kahwin, urusan pendaftaran pelajar universiti, mahupun tugasan kerja di kawasan sekitar.

Homestay ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Bangi Gateway Shopping Complex dan Hospital Pakar An-Nur. Sangat dekat juga dengan Murni Mart di bawah blok untuk barangan asas, atau anda boleh ke Jaya Grocer sekiranya hendak membeli barang dapur serta mencari port makan yang viral di Little Bangi dan Uptown Bangi Gateway.

Untitled design

Residensi Ostia merupakan apartmen servis moden berkepadatan rendah yang menawarkan unit penginapan luas dan selesa, lengkap dengan kemudahan condo-style. Terletak strategik di Seksyen 14, Bandar Baru Bangi, ia mempunyai akses terus ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) melalui Tol Bangi, serta menghubungkan anda dengan mudah ke Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, dan hanya sekitar 30 minit sahaja ke pusat bandar raya Kuala Lumpur (KLCC) serta KLIA.

✅ 4 bilik tidur (2 bilik 1 Katil Queen dan 2 bilik 1 Kati Single + aircond)
✅ 2 bilik air dengan water heater
✅ Free parking lot 2 buah kereta (extra kereta perlu request dari admin utk visitor overnight car park. Charges: RM10/car/night.)
✅ Dapur lengkap boleh masak (Halal only)
✅ Ruang tamu pun ada aircond!
✅ Ada swimming pool dan kid pool dan tak ramai orang!
✅ Ada playground, gym, pingpong table dan lounge! (Facilities level)
✅ Maksimum 10 orang sahaja (stricly).

Berminat? Hubungi kami sekarang!

Whatsapp: +6011 5628 3768 .

Selamat datang ke NIYA Homestay @ Residensi Ostia, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

1. The Space

Bilik tidur: 4 Bilik (Kesemua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas siling).
Bilik Air: 2 Bilik Air (Kesemuanya dilengkapi dengan pemanas air/water heater).
Jenis Rumah: Pangsapuri Servis (Service Apartment) dengan reka bentuk moden dan praktikal.
Jenis Hiasan: Unit “Fully Furnished” yang sedia didiami, termasuk kabinet dapur, peti sejuk, dan almari pakaian di setiap bilik.
Tempat letak kereta : 2 lot parkir bertutup disediakan secara eksklusif untuk setiap unit.

Di NIYA Homestay, ruang tamu dilengkapi dengan sofa set dan TV set untuk kegunaan anda.

2. Muatan

NIYA Homestay @ Residensi Ostia boleh memuatkan 6 orang dengan selesa . 2 bilik kita sediakan 1 Katil Queen (2 Katil Queen keseluruhan) dan lagi 2 bilik kita sediakan 1 Katil Single (2 Katil Single keseluruhan) . Sekiranya anda perlu memuatkan lebih ramai orang, anda boleh bawa extra toto dan selimut sendiri.


3. Ruang makan dan dapur

Ruang makan NIYA Homestay @ Residensi Ostia dilengkapi dengan set meja makan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu masa.

Dapur kami dilengkapi dengan peti ais, cerek air, water filter dispenser hot and cold, peralatan memasak dan sedia untuk digunakan. Kami juga ada menyediakan microwave oven dan juga electric stove untuk kegunaan anda. Pinggan dan cawan juga disediakan dengan lengkap untuk kegunaan anda.

4. Keselesaan

Kami menyediakan katil beserta tilam yang empuk, bantal dan duvet.

Kami juga menyediakan tuala untuk kegunaan anda seisi keluarga di NIYA Homestay!

Kesemua bilik air dilengkapi dengan water heater, syampoo dan sabun untuk kegunaan anda.


5. Hiburan 

Antara facilities yang tersedia di homestay ini adalah Swimming Pool, Gymnasium dan juga Playground untuk kanak-kanak. Anda WAJIB memakai baju renang sekiranya ingin menggunakan Swimming Pool ini.


6. Sekuriti

 NIYA Homestay  terletak di Residensi Ostia, Bandar Baru Bangi dan bangunan ini mempunyai penjaga sekuriti 24/7, maka anda akan sentiasa berasa selesa dan selamat di NIYA Homestay @ Residensi Ostia.

Akses untuk Penginap

Anda boleh mengakses keseluruhan rumah kecuali sebuah bilik stor yang berkunci. Selepas anda meletakkan deposit untuk booking, kami akan menyediakan guide untuk tujuan check-in.

Harga biasa: RM450/malam

Harga Promosi Pembukaan Hebat

Harga: 

Jumaat, Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah:  RM350/malam

Isnin – Khamis: RM300/malam

Dapatkan diskaun RM50 dari jumlah keseluruhan harga untuk booking 2 malam atau lebih!

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp: +6011 5628 3768
(Kami prefer Whatsapp)

Terima Kasih 😀