Anda sedang mencari penginapan homestay yang besar (6 Bilik Tidur dengan Aircond!), selesa, dilengkapi Wi-Fi dan Netflix, dan berpatutan di Bandar Baru Bangi?

Tahniah kerana anda telah menjumpai MyHomestay Raisha! MyHomestay Raisha merupakan sebuah homestay yang besar dan selesa di Bandar Baru Bangi (berdekatan dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi) yang sangat sesuai untuk memuatkan keluarga yang besar untuk bercuti bersama-sama atau menziarahi kenduri kahwin. MyHomestay Raisha merupakan rumah teres 3 tingkat corner lot beserta 6 bilik tidur yang besar dan selesa dan semuanya ada aircond!.

Bandar Baru Bangi terletak berdekatan dengan Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan dan hanya lebih kurang 30 minit ke KLCC dan ke KLIA tanpa gangguan trafik.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp/Call/SMS: +6011 5628 3768

MyHomestay Raisha terletak sangat berdekatan dengan restoran, kedai Mamak, kedai runcit, myMydin, kedai dobi, 7-11 dan sebagainya! Anda akan menyukai

MyHomestay Raisha kerana katil yang selesa, laman yang luas, dapur yang lengkap dengan peralatan memasak termasuklah Microwave Oven, water filter Cuckoo, peralatan memasak yang lengkap, dan juga laman yang luas, yang kami sediakan untuk anda.

MyHomestay Raisha amat sesuai untuk keluarga yang besar, kumpulan rakan-rakan yang ramai, lawatan kerja dan sebagainya.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp: +6011 5628 3768.

Sekiranya anda sedang menggunakan telefon sekarang, tekan sini untuk menghantarkan Whatsapp dengan mudah.

Selamat datang ke MyHomestay Raisha @ BANDAR BARU BANGI, MALAYSIA

1. The Space

Bilik tidur: 6 (Semua bilik ada aircond dan kipas siling!)
Bilik Air: 5
Jenis Rumah: Rumah teres 3-tingkat (corner lot)
Jenis Hiasan: “Fully furnished” dengan 6 bilik tidur (kesemuanya dilengkapi dengan aircond!).
Tempat letak kereta : Dua buah kereta boleh disimpan di dalam rumah
(Boleh memuatkan lagi dua buah kereta di hadapan rumah, dan boleh meletakkan kereta di bahagian tepi dan belakang rumah sekiranya mempunyai lebih dari 4 kereta)

2. Muatan

MyHomestay Raisha boleh memuatkan 14 orang dengan selesa yang mana 10 orang di atas katil bersaiz Queen (jumlah 5 buah katil saiz Queen) yang kami sediakan dan lagi 3 orang di atas 3 buah katil single, dan seorang di atas sofabed. Sekiranya anda perlu memuatkan lebih ramai orang, boleh juga bawa toto dan bantal sendiri – kami mempunyai bilik yang luas dan juga ruang rehat tingkat 2 dan 3.

Di MyHomestay Raisha terdapat tiga ruang tamu iaitu di Ground Floor (tingkat 1), tingkat 2 dan tingkat 3. Ruang tamu tingkat 1 dilengkapi dengan sofa set dan TV set beserta WiFi untuk kegunaan anda.

3. Ruang makan dan dapur

Ruang makan MyHomestay Raisha Homestay Bandar Baru Bangi yang terletak di tingkat 1 dilengkapi dengan set meja makan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu masa.

Dapur kami dilengkapi dengan peti ais, cerek air, water filter dispenser hot and cold, peralatan memasak dan sedia untuk digunakan. Kami juga ada menyediakan microwave oven dan juga gas stove untuk kegunaan anda. Pinggan dan cawan juga disediakan dengan lengkap untuk kegunaan anda.

Kami juga sediakan complimentary 3-in-1 coffee, teh dan gula untuk anda secara percuma!

3. Keselesaan

Kami menyediakan katil divan beserta tilam yang empuk, bantal bertaraf hotel dan duvet.

Kami juga menyediakan tuala yang empuk untuk kegunaan anda seisi keluarga di MyHomestay Raisha!

Keseua 6 bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin dan kipas siling.

Kesemua bilik tidur bersambung dengan bilik air (2 bilik tidur mempunyai bilik air sendiri manakala 4 buah lagi berkongsi bilik air yang sama (2 bilik berkongsi bilik air yang sama). Kesemua 4 buah bilik air yang bersambung dengan bilik tidur ini dilengkapi dengan water heater, syampoo dan sabun.

Susunan bilik tidur:

Bilik Tidur 1 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Besar (Tingkat 2 dengan balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 3 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air persendirian dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Bilik Tidur 2 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Sederhana (Tingkat 2, tiada balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 3 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air (berkongsi dengan Bilik Tidur 3) dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.


Gambar: Bilik bersaiz sederhana.

Bilik Tidur 3 (Penghawa Dingin + Kipas siling) – Bilik Sederhana (Tingkat 2, tiada balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 3 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air (berkongsi dengan Bilik Tidur 2) dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Bilik Tidur 4 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Besar (Tingkat 3, dengan balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 3 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air persendirian dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.



Bilik Tidur 5 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Sederhana (Tingkat 3, tanpa balkoni)
1 katil saiz Queen beserta duvet dan 3 bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur 6 dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

Bilik Tidur 6 (Penghawa Dingin + Kipas Siling) – Bilik Sederhana (Tingkat 3, tanpa balkoni)
3 katil saiz Single beserta duvet dan bantal bertaraf hotel untuk anda tidur dengan nyenyak.
1 unit penggantung baju dilengkapi dengan tempat letak baju kotor dan hangar.
1 bilik air berkongsi dengan Bilik Tidur 5 dilengkapi dengan water heater, tempat penggantung towel, shampoo dan sabun badan.

 4. Kemudahan-kemudahan lain

Kami ada sediakan 1 set iron dan iron board untuk memudahkan anda dan keluarga menggosok pakaian sempena hari besar anda.

MyHomestay Raisha juga dilengkapi dengan UniFi WiFi untuk kegunaan anda seisi keluarga!

5. Kerja

Kami juga ada menyediakan beberapa unit meja dan kerusi untuk kegunaan anda semasa penginapan anda di MyHomestay Raisha.

6. Hiburan Dalaman

Selain set TV yang dilengkapi dengan Astro Njoi, kami juga ada menyediakan WiFi UNIFI yang anda boleh gunakan untuk melayari internet untuk memenuhi masa lapang anda.

7. Sekuriti

MyHomestay Raisha terletak dalam kawasan berpagar dan kawasan ini mempunyai penjaga sekuriti 24/7, maka anda akan sentiasa berasa selesa dan selamat di MyHomestay Raisha @ Bandar Baru Bangi.

8. Live and Play

MyHomestay Raisha mempunyai sebuah halaman yang luas – sesuai untuk anak-anak anda bermain di rumah. Anda juga boleh membuat majlis kecil-kecilan tanpa khemah (Semua majlis mestilah dapatkan approval dari pihak kami terlebih dahulu. Semua majlis adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Caj tambahan akan dikenakan).

Terdapat sebuah taman permainan kecil untuk anak-anak anda berjarak terletak di belakang rumah tersebut. Sekiranya berminat dengan taman permainan yang lebih besar, terdapat Taman Tasik Cempaka di tengah-tengah Bandar Baru Bangi (lebih kurang 5 minit driving) di mana anda boleh pergi berjogging dan menjalankan aktiviti riadah.

Di Taman Tasik Cempaka juga mempunyai taman permainan yang besar untuk kanak-kanak (lihat gambar di bawah). Selain itu, terdapat juga Bangi Wonderland Waterpark yang terletak lebih kurang 15 minit dari Bandar Baru Bangi (anda perlu masuk ke Tol Bangi menghala ke Selatan dan keluar di exit Putra Mahkota, satu toll sahaja).

408353_414841305232537_500641946_n
Gambar: Taman permainan di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.

Akses untuk Penginap

Anda boleh mengakses keseluruhan rumah kecuali sebuah bilik stor yang berkunci. Selepas anda meletakkan deposit untuk booking, kami akan menyediakan guide untuk tujuan check-in.

Testimonial dari Pelanggan Kami

   

Harga biasa: RM850/malam

Harga Promosi Hebat

Harga: RM800/malam sahaja untuk malam pertama

dan hanya RM750/malam untuk malam kedua dan seterusnya!

PROMO 3 MALAM: RM2200 SAHAJA!!

Jangan lepaskan peluang ini. Ini merupakan harga terbaik untuk rumah sebesar ini di Bandar Baru Bangi dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk anda.

Berminat? Hubungi kami sekarang

Whatsapp: +6011 5628 3768
(Kami prefer Whatsapp)

Terima kasih =)